top of page
Citrus
WhatsApp-Image-2020-10-06-at-10.38.28-AM.jpeg

Kisah kejayaan sambal garing hakak maneh

Pengasas produk sambal bilis garing iaitu hakak maneh balkis mohd soib yang bermula dengan menjual pekasam dari rumah sejak 2018, kini jenama produk makanan tradisi terkemuka, Hakak Maneh berjaya menempa nama di peringkat global.Pada 18 Oktober lalu, produk pekasam Hakak Maneh merangkul anugerah The BrandLaureate World Halal BestBrands e-Branding F&B Ready To Eat Meals (Pekasam) 2021.Kejayaan itu menjadikan pekasam Hakak Maneh sebagai produk pekasam pertama di Malaysia yang mendapat pengiktirafan di peringkat dunia. ​Ditanya mengenai rahsia kejayaan, Balkis meluahkan rasa syukur kerana beliau mendapat sokongan hebat daripada pasukan Hakak Maneh. "Pasukan Hakak Maneh yang bernaung di bawah syarikat Putra Afiq Global Sdn Bhd terdiri daripada 2,600 orang termasuk kakitangan dan usahawan yang menjadi tulang belakang perniagaan ini. "Saya kagum kerana majoriti usahawan yang berjaya di bawah bimbingan Hakak Maneh, sebelum ini merupakan suri rumah yang masing-masing menceburi bidang perniagaan dari bawah," katanya. Sementara itu, Balkis turut menjelaskan bahawa pasukan 'dropship' turut menjadi penyumbang besar kepada kejayaan produk Hakak Maneh.Pasukan 'dropship' tanpa modal itu dikatakan mampu menarik ramai pelanggan untuk membeli produk Hakak Maneh.Dengan semua kejayaan yang dikecapi, perniagaan Hakak Maneh wajar dijadikan contoh oleh semua usahawan tempatan.

images (1).jpeg

Misi 

Melahirkan kepimpinan dan bimbingan bagi pekerja-pekerja yang menyumbangkan output untuk menghasilkan produk hakak maneh supaya memantapkan kualiti produk.

Visi

Menghasilkan lebih banyak keluaran produk hakak maneh selain daripada sambal ikan bilis garing dan pekasam untuk menembusi pasaran antarabangsa pada masa hadapan.

Screenshot 2021-10-27 at 10.webp
bottom of page